Thursday, July 30, 2009

sambal KS

hai...
di sini saya nak kenalkan sambal yang sangat sedap..terbang jauh dari kay-el(betul ke kak)..sangat sedaplah. dia bukan jenis sambal yang basah2 tu ni jenis yang kering..
tadaaa...nilah rupa isi nya..sori gambar tak cantik maklumlah 'alat' tak canggih..tinggal sikit lagi baru ingat nal ambik gambar..


ni pulak bekas dia..haha bekas pun dah kosong..satu bekas ni RM10 tambah cost pos lagi RM9..jauh tu nak jumpa tuan yang order..dari kay-el to kch standardlah RM9 tu..tapi bukan harga yang menjadi ukuran tapi kesedapan tu..seingat/setau saya sepanjang hidup dah pandai makan macam2 ni belum lagi jumpa yang macam ni kat kch apatah lagi kat kampung tu..tak tau lah kalau ada yang dijual or ada orang yang buat kat sini kan..tapi yang selalu dijumpa masa bulan ramadan tu jenis yang basah2..dan jenis yang semua pun boleh buat..


ni ha..orang yang malas cam saya ni boleh jer sambal tu digunakan untuk buat nasi goreng..sedap oo..tak puas makan..ni la rupa nasi yang digoreng..sekali lagi maap ya gambarnya tak jelas..
dan satu lagi buatlah sambal bilis guna sambal ni gerenti terangkat..macam hangus jerkan rupa dalam gam,bar..sebenarnya tak..sambal saya ni tak hangus cuma yalah 'alat' tu jer tak bagus hehe...kalau nak sedap bilis tu goreng dulu lepas tu tumislah cam biasa then masukkan sambal ni..nak lagi pedas tambahlah cili padi..tapi sambal ni memang sedia pedas.bukan samballah kalau tak pedaskan.

peminat sambal semua orderlah sambal ni..tak rugi..order sekali rasa nak lagi..saya kan ratah cam tu jer..sedap..nanti nak order lagilah..oh ya dari tadi cerita order lah orderlah tapi tuan yang empunya pembuat sambal belum diperkenalkan..ni ha siapa nak order silalah order dari akak KS ..sambal ni tahan jangan risau...
akak kita nak order lagi nanti maybe nak 3-4 bekas..sebab banyaklah peminat.nanti kita bagitau akak k bila nak..
ok sekian entry sambal KS yang sedap ini..sedap hingga menjilat jari..

Wednesday, July 22, 2009

tak sihat

hari ni still tak sihat lagi..
malasnya nak buat kerja..tapi nak buat macam mana kan kerja dengan orang kenalah buat kerja..
nak ambik cuti pun malas pulak cukuplah semalam 1/2 day..erm ngantuk pulak dah makan ubat..bestnya kalau dapat baring ni..

oh ya tadi terima parcel dari akak kopisuam sambal dah dapat..akak kalau akak ada baca ni kita nak ucapkan terima kasih..nanti kalau dah rasa kita kasi komen ya..macam sedap pulak maybe esok baru nak rasalah sebab hari ni lidah masih tak rasa apa2 pun rasa pahit semua makanan maklumla tak sihat..tak acilah kalau rasa masa tak sihatkan nanti ada pulak kata pahitlah kan so kena tunggu dah sihat lah baru makan..tak sabar pulak..

oklah ngantuknya...cepatlah jam tu bergerak nak balik..ni pun nak kasi 'panas' sikit buatlah jenguk2 blog kalau tak alamatnya tertidurlah hehe..

da.... .da

Thursday, February 12, 2009

dan kawan-kawan...bila..

lamanya tak update blog..dah pertengahan february tahun 2009 baru terhegeh-hegeh nak update apa da..sian blog aku ni macam tak bertuan jer..nak crita apa yer..

banyak nak diceritakan tapi tak tau nak mula dari mana..oh ya untuk kawanku yang di sabah tu..TAHNIAH ya dah jadi tunangan orang..semoga berbahagia selalu..dan untuk yang sorang lagi tu TAHNIAH juga dah nak tambah ahli keluarga.semoga selamat semuanya..dan sihat mummy dan babynya.

siapa lagi ya..ermmm..tak ada kut.rindulah ngan kawan-kawan yang sewaktu waktu dulu bergembira bersama huha bersama tapi bila dah berjauhan ni rasa dah makin jauh pulak..ya ya aku paham masing2 dah ada tanggungjawab masing2 so tak boleh nak kata apakan.mana yang dah kawin ada anak banayk pula tanggungjawab pada family kan, tanggungjawab pada kerja(buzyla), tanggungjawab pada BF tanggungjawab pada family dan sewaktu dengannya..

TAPI perlu ke kita lupakan kawan-kawan yang waktu dulunya sama bersedih, gembira dengan kita..pendapat saya tak.banyak mana pun tanggungjawab kita, kita tak perlu lupakan kawan2 kita.selain keluarga merekalah(kawan) orang yang kita kenal rapat(bestfriendla) yang jadi keluarga kita jadi saudara mara kita bila berjauhan dengan keluarga, merekalah orang pertama yang tahu akan keadaan kita sebelum keluarga(kes jauh)..tapi bila dah sukses semua jadi lupa semua perkara yang dulunya dikongsi bersama..sedih ni..

yang dekat jadi jauh yang jauh pun semakin jauh walaupun teknologi makin canggih tapi 'hubungan' itu semakin jauh..tak tau mana silapnya.orang lain mungkin senang untuk melupakan sesenang tekan perkataan delete kat keyboard terus semua nya terdelete so tak ada lagi..tapi sangat susah untuk aku melupakan macam mana ya nak jadi macam itu-senang melupakan. so takla nanti aku pikir yang bukan-bukan, tak perlu sedih tak perlu ingat ngan siapa2 pun..hati pun tak terluka aku pun tak melukaan siapa-siapa kan..TAPI aku tak boleh buatlah..tolong ajar sikit..

bunyi macam kejam kan..malaslah nak pikir lagi biarlah aku sanagt letih asyik mengingati so biarlah aku jadi pelupa tahun ni boleh..

ps: kata orang susah nak dapat kawan yang sebenarnya kawan-sanggup susah bersama senang bersama nangis bersama ketawa bersama..semuanya betul...
ps 1:dan sekarang ni saya tak ada kawan macam itu.mana nak cari ya..errmmm.

Tuesday, November 25, 2008

wanita

huuuu..
aku wanita punya hati nurani
yang tak dapat dibohongi
pabila cinta tlah membutakan mata
dan membuat tuli telinga

apakah salah jika aku menyinta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati
belahan jiwaku ini

cintaku ini anugerah terindah
dari yang maha kuasa
cintaku padamu tak pernah berubah
meskipun kita berbeza

apakah salah jika aku menyinta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati
belahan jiwaku ini...

(korus)
aku wanita aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya
aku wanita aku punya cinta
selayaknya manusia

(korus ii)
apakah salah jika aku menyinta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati
belahan jiwaku ini.....

aaa..ku wanita
aaa..ku wanita
yang hanya perlu kau fahami

oh apakah salah jika aku menyinta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati
belahan jiwaku ini...

wanita...woohoo..
ku wanita..ooo..
wanita

ps:lagu siti nurhaliza..saya tengah addict dengar lagu ni..best jer..memang kena dengan seorang wanita..layan..

Tuesday, October 7, 2008

24 jam 24 beg..



Handbag Planet is almost here. To celebrate the October 15, 2008 launch, we are giving away a free handbag every hour for 24 hours on the day of the launch. Our high fashion, trendy handbags are inspired by popular designer brands and priced between $30 and $80.

After signing-up in one easy step below, you can select the handbag you would like to win. There's absolutely no catch - this means no shipping/handling fees or credit card required. Yes, it's really that simple!

so sama-samalah klik kat sini untuk menang beg free lagi u..good luck..

Friday, September 26, 2008

miss them

3 minggu 2 hari dah berlalu, aku masih tak tau kabar dari dia lagi..rindunya. dan 3 minggu 4 hari yang lepas hari terakhir aku jumpa dia, hari terakhir aku bercakap dengan dia dan hari ini genaplah 2 minggu 5 hari dia pergi tinggalkan kami orang2 yang sentiasa merinduinya, yang hauskan kasih sayang darinya, yangrindukan suara garangnya dan rindu segala-galanya tentang dia. tapi hari ini yang ada untuk kami, aku khasnya adalah kenangan bersama dengannya.aku takkan lupa setiap hari aku bersama dengannya baik waktu kecilku atau waktu remajaku, dia sangat istimewa dihatiku walau aku seringkali kena marah - marah kerana sikap aku yang selalu saja lambat mengerjakan sesuatu tapi akulah orang yang dia banggakan walau tidak secara terangan.Dia atukku yang telah pergi menemui penciptanya disaat aku belum bersedia akan kehilangannya.

namun aku harus redha, semua yang hidup dimuka bumi ini akan kembali menemui Penciptanya cuma kita tidak tahu bila masa kita tapi yang pasti tak ada yang kekal.dan hari ini aku sangat-sangat merinduinya, hati aku sepi sangat2.aku seolah2 mendengar suaranya melihat dia ada dimana-mana. aku tak biasa akan kehilangannya dan tak pernah merasa kehilangan orang yang tersayang, ianya sangat-sangat sakit terlalu sakit rasanya.

dan dia yang aku rindu juga sampai hari ini tak ada kabar berita.harap dia sihat-sihat saja..bie i miss u very very much.

Tuhan berikan aku kekuatan untuk menjalani hari-hari yang mendatang, jangan biarkan aku terlalu merindui mereka ini tinggalkanlah perasaan itu sedikit untuk diriku sendiri.dan semoga Atuk yang disayangi tenang dan damai disisi penciptanya.amin

Monday, June 23, 2008

PMS

hari ini adikku yang bongsu mendaftar kat I*** meneruskan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan dia pergi bersendirian tiada seorang pun dari kami yang menemaninya aku tak dapat cuti mak jauh kat kampung tak dapat datang bapa ngan adik yang seorang lagi kerja sorang kat sabah sorang kat bintulu so dia pergilah sorang2...dia seorang yang cukup berdikari dari kecil sampai sekarang melakukan kerja sendiri..nasiblah dia memang biasa dengan jalan kat sini dan ada seorang anak kawan anty yang sama mendaftar hari ini tapi budak tu masuk sem 2 budak tu yg tolong tunjukkan mana harus pergi...

kesiannya adikku..teringat masa aku dulu, bapa yang tolong hantar maklumla masa tu memang tak pernah jauh(walaupun duduk hostel) dan tak biasa dengan bandar ini lagi..bila bapa balik aku nangis sungguh2 yalah ingatkan mak serta adik2 kat rumah mana penah pergi jauh macam ni..tapi hari ini adikku sendirian buat semuanya sendiri walaupun segala keperluan cukup siap tapi tetap sedihlakan semua orang ada mak pak yg antar tapi dia sorang2...TAPI yang terlebih sedihnya aku bukan adikku macam mana tu..dia tak apa2 dia kata ada juga org yg tak ada mak pak yg antar macam kawan satu skolah dia..yala kawan dia tu org jauh kalo nak turun sekali berapa dah tambangkan kena pakai duit banyak juga..nasibla ada kawan dia tu dorang pegi berdua kira okla ada kawan senasib..bila aku sms tanya dah siap reg tak..dia kata dah nak masuk hostel lagi nak tenguk keadaan(brg tak bawa lagi) dan pihak sana tak benarkan dia bawa moto dia so kenalah tinggalkan kat umah anty moto dia tu nanti..aku sedih pulak sian dia siap nangis lagitu aku..hehe terlebih pulak..

tak tau la sejak akhir2 ni aku selalu sedih dan rasa nak nangis jer kadang2 memang nangis pun dan rasa nak marah org jer selalu hangin..kenapa ya?? pikir punya pikir tenguk tarikh segala baru teringat ermmm...rupanya 'kawan' baikku bakal kunjung tiba tak lama lagi..patutla selera makan bertambah badan rasa sakit dan selalu moody..cepatlah 'ko' datang biar aku tak rasa perasaan itu lagi TAPI kalo 'dia' dah datang sakit pulak nanti satu masalah pulak..macam mana ya..dah begitu lumrah seorang wanitakan terima je la ngan rela paksa hehe..

oklah tak nak pikir dah..da..