Tuesday, November 25, 2008

wanita

huuuu..
aku wanita punya hati nurani
yang tak dapat dibohongi
pabila cinta tlah membutakan mata
dan membuat tuli telinga

apakah salah jika aku menyinta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati
belahan jiwaku ini

cintaku ini anugerah terindah
dari yang maha kuasa
cintaku padamu tak pernah berubah
meskipun kita berbeza

apakah salah jika aku menyinta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati
belahan jiwaku ini...

(korus)
aku wanita aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya
aku wanita aku punya cinta
selayaknya manusia

(korus ii)
apakah salah jika aku menyinta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati
belahan jiwaku ini.....

aaa..ku wanita
aaa..ku wanita
yang hanya perlu kau fahami

oh apakah salah jika aku menyinta
apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati
belahan jiwaku ini...

wanita...woohoo..
ku wanita..ooo..
wanita

ps:lagu siti nurhaliza..saya tengah addict dengar lagu ni..best jer..memang kena dengan seorang wanita..layan..

Tuesday, October 7, 2008

24 jam 24 beg..



Handbag Planet is almost here. To celebrate the October 15, 2008 launch, we are giving away a free handbag every hour for 24 hours on the day of the launch. Our high fashion, trendy handbags are inspired by popular designer brands and priced between $30 and $80.

After signing-up in one easy step below, you can select the handbag you would like to win. There's absolutely no catch - this means no shipping/handling fees or credit card required. Yes, it's really that simple!

so sama-samalah klik kat sini untuk menang beg free lagi u..good luck..

Friday, September 26, 2008

miss them

3 minggu 2 hari dah berlalu, aku masih tak tau kabar dari dia lagi..rindunya. dan 3 minggu 4 hari yang lepas hari terakhir aku jumpa dia, hari terakhir aku bercakap dengan dia dan hari ini genaplah 2 minggu 5 hari dia pergi tinggalkan kami orang2 yang sentiasa merinduinya, yang hauskan kasih sayang darinya, yangrindukan suara garangnya dan rindu segala-galanya tentang dia. tapi hari ini yang ada untuk kami, aku khasnya adalah kenangan bersama dengannya.aku takkan lupa setiap hari aku bersama dengannya baik waktu kecilku atau waktu remajaku, dia sangat istimewa dihatiku walau aku seringkali kena marah - marah kerana sikap aku yang selalu saja lambat mengerjakan sesuatu tapi akulah orang yang dia banggakan walau tidak secara terangan.Dia atukku yang telah pergi menemui penciptanya disaat aku belum bersedia akan kehilangannya.

namun aku harus redha, semua yang hidup dimuka bumi ini akan kembali menemui Penciptanya cuma kita tidak tahu bila masa kita tapi yang pasti tak ada yang kekal.dan hari ini aku sangat-sangat merinduinya, hati aku sepi sangat2.aku seolah2 mendengar suaranya melihat dia ada dimana-mana. aku tak biasa akan kehilangannya dan tak pernah merasa kehilangan orang yang tersayang, ianya sangat-sangat sakit terlalu sakit rasanya.

dan dia yang aku rindu juga sampai hari ini tak ada kabar berita.harap dia sihat-sihat saja..bie i miss u very very much.

Tuhan berikan aku kekuatan untuk menjalani hari-hari yang mendatang, jangan biarkan aku terlalu merindui mereka ini tinggalkanlah perasaan itu sedikit untuk diriku sendiri.dan semoga Atuk yang disayangi tenang dan damai disisi penciptanya.amin

Monday, June 23, 2008

PMS

hari ini adikku yang bongsu mendaftar kat I*** meneruskan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan dia pergi bersendirian tiada seorang pun dari kami yang menemaninya aku tak dapat cuti mak jauh kat kampung tak dapat datang bapa ngan adik yang seorang lagi kerja sorang kat sabah sorang kat bintulu so dia pergilah sorang2...dia seorang yang cukup berdikari dari kecil sampai sekarang melakukan kerja sendiri..nasiblah dia memang biasa dengan jalan kat sini dan ada seorang anak kawan anty yang sama mendaftar hari ini tapi budak tu masuk sem 2 budak tu yg tolong tunjukkan mana harus pergi...

kesiannya adikku..teringat masa aku dulu, bapa yang tolong hantar maklumla masa tu memang tak pernah jauh(walaupun duduk hostel) dan tak biasa dengan bandar ini lagi..bila bapa balik aku nangis sungguh2 yalah ingatkan mak serta adik2 kat rumah mana penah pergi jauh macam ni..tapi hari ini adikku sendirian buat semuanya sendiri walaupun segala keperluan cukup siap tapi tetap sedihlakan semua orang ada mak pak yg antar tapi dia sorang2...TAPI yang terlebih sedihnya aku bukan adikku macam mana tu..dia tak apa2 dia kata ada juga org yg tak ada mak pak yg antar macam kawan satu skolah dia..yala kawan dia tu org jauh kalo nak turun sekali berapa dah tambangkan kena pakai duit banyak juga..nasibla ada kawan dia tu dorang pegi berdua kira okla ada kawan senasib..bila aku sms tanya dah siap reg tak..dia kata dah nak masuk hostel lagi nak tenguk keadaan(brg tak bawa lagi) dan pihak sana tak benarkan dia bawa moto dia so kenalah tinggalkan kat umah anty moto dia tu nanti..aku sedih pulak sian dia siap nangis lagitu aku..hehe terlebih pulak..

tak tau la sejak akhir2 ni aku selalu sedih dan rasa nak nangis jer kadang2 memang nangis pun dan rasa nak marah org jer selalu hangin..kenapa ya?? pikir punya pikir tenguk tarikh segala baru teringat ermmm...rupanya 'kawan' baikku bakal kunjung tiba tak lama lagi..patutla selera makan bertambah badan rasa sakit dan selalu moody..cepatlah 'ko' datang biar aku tak rasa perasaan itu lagi TAPI kalo 'dia' dah datang sakit pulak nanti satu masalah pulak..macam mana ya..dah begitu lumrah seorang wanitakan terima je la ngan rela paksa hehe..

oklah tak nak pikir dah..da..

Tuesday, June 17, 2008

for meng@christy

from sabah with love....



thanks anty v...

Friday, May 16, 2008

selamat hari guru

selamat hari guru kepada semua guru diluar sana..tanpa guru tak adalah kita menjadi seperti sekarang ini..

kepada semua guru berbaktilah dengan ikhlas kepada anak bangsa selagi jasa anda diperlukan..tugas seorang guru bukanlah sesenang yang disangka walaupun bekerja hanya setengah hari tapi tugas selambak/sebeban menanti...terutamanya guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman/hulu-hulu/perkampungan.balik kerumah hanya untuk makan dan rehat sekejap lepas itu turun ke sekolah lagi untuk menyambung tugas yang lain lagi...tugasan waktu petang kalu tak buat extra class(free), ada koko, ada meeting dan macam2 lagi pendek kata ada jer kerja kat sekolah..
kepada semua guru yang mengajar saya dari sekolah rendah sampai menengah..SELAMAT HARI GURU dan JUTAAN TERIMA KASIH kerana telah mendidik saya dengan jayanya sehingga saya menjadi seperti diri saya sekarang ini.walau dimana anda berada saya tetap mengingati anda semua...selamat hari guru..

Sunday, May 11, 2008

selamat hari ibu...

Pertama sekali nak ucapkan....
kepada semua ibu/mummy/mak/emak/mami/ummi/indai seluruh dunia...terutamanya untuk my mom...SELAMAT HARI IBU MAK..
setiap tahun hari ibu diraikan semuanya untuk mengingati jasa ibu yang telah mengandungkan, melahirkan, membesarka, mendidik kita dari sekecil2 baby sampai lah kita sendiri ada anak(i blom lagi)...ibu sentiasa bersusah payah untuk anaknya sentiasa mengutamakan keperluan anaknya bandingkan dengan dirinya..besar betul pengorbanan seorang ibu sebab itulah SYURGA DIBAWAH KAKI IBU...
ibu sentiasa menyayangi anak lelakinya dan
mengasihi anak perempuannya sama rata...begitulah my mom..tak ada pilih kasih antara kami adik beradik..sapa yang salah tetap kena marah tak kira kalo ko sorang saja perempuan ke sorang saja lelaki ke tetap kena marah...

mak this is for you..happy mother's day..i love you mak hari ini dan selamanya...

Thursday, April 24, 2008

serba salah

patut ke kalau aku kata tak nak?? patut ker kalu aku tan nak tolong?? dorang ni keluarga aku juga sedara mara aku juga..tapi kalu aku tolong macam mana dengan diri aku??? aku pun bukannya berduit bukan gaji besar..gaji tiap bulan pun cukup2 untuk aku sorang jer setelah ditolak segala mala bayaran yang patut dibayar...ermm..suah tol..

setiap kali perlukan duit baru cari aku kalau tak sorilah nak datang/sms/call aku..selama ini aku ada masalah aku sakit ker tak pernah dorang nak peduli..tak penah diorang nak ambik kisah hal aku..w/pun nak call ke sms ke amatla payah sekali..tapi bila perlukan bantuan aku bila perlukan duit aku barulah terhegeh2 datang cari aku barulah telipon tu berbunyi tertera nama dorang..

mana dorang selama ni sedangkan tinggal satu tempat walau lain kawasan tapi amatlah payah nak tanya kabar aku..tahukah dorang kalau selama ini aku pun terpaksa berjimat terpaksa menghadapi segala masalah sorang diri..dorang tau tapi dorang buat2 tak tau..mana dorang masa aku kena warded dulu, dorang tau tapi dorang buat2 tak tau..bukanlah maksudnya aku nak minta dorang menjaga aku cukuplah kalau datang tunjuk muka tanya kabar..aku tak minta duitlah cukuplah setakat datang jenguk..itu tandanya kita prihatin dengan saudarakan..

tapi bila turn dorang susah bukan main lagi siap call berkali2 tu nak minta tolong, nak pinjam duit..kalau aku tak bagi tak tolong dorang kata aku sombong sangat berkirala..hello selama ini pernahkah aku berkira pernahkah aku minta balik bayaran duit yang aku bagi tu..tak adakan..kalau aku ada aku bagi kalau tak ada nak bagi apa...kalau nak dikira gaji dorang lagi tinggi dari aku tapi kemanakah gaji2 itu...

susah betul ngan orang yang bodoh sombong ni...kali ni aku nekad tak nak tolong biarlah nak kata aku apa..banyak benda terpaksa aku korbankan hanya kerana aku nak tolong dorang selama ni tapi kali ni biarlah aku dah letih ngan perangai bodoh dorang tu..

Friday, April 18, 2008

yang baru


Lili Buat Najah..inilah koleksi terbaru saya..ceritanya sweet sangat,penuh dengan kasih sayang rasa cinta serta kerinduan namun sedih jua kunjung tiba bila saat kehilangan menjelma..itulah yang saya rasa bila baca buku ni..thanks to the author.

ya kehilangan itu sangat sakit serta perit sekali..dan kehilangan itu saya pernah rasa walaupun bukan kehilangan yang melibatkan nyawa tapi sakit sangat2 sebab rasa rindu itu sentiasa menjelma...

tak jemu baca LBN ni dan setiap kali baca pasti air mata mengalir jua....adakah diriku terlalu emo..tak saya menghayati sebenarnya..hehe..

ok sapa yang belum ada sila cari kat kedai buku atau order online kat jemari seni..da..

Thursday, March 6, 2008

terkejut ok..

semalam tengah aku kusyuk menjahit(tampung 1000) kira2 pukul 8 lebihla, ya my TV on sambil menjahit sambil dengar berita tiba-tiba..

tet..tet..

terus aku berhenti menjahit dan tenguk sapakah gerangannya..sekali buka

"aku ada kat bawah ni buka pintu"

aku?? ha..terkejut ok..terus balas

"ha..betul ke??.ok ok"

terus jenguk kat jendela tenguk bawah..aha la betul la tu..hehee sengih ok..
terus p buka gate depan n pintu..hairan selalu kalau nak datang mesti bagitau dulu tak pun tanya sama ada aku ada kat rumah ke tak tapi semalam tiba2 datang tak bagitau tenguk2 suh buka pintu.nasib baik dah mandi segala.

aku tau korang hairankan sapala yang datang tu..MR.B datang yer my laling..tiba2 pulak tu.

aku:nape tiba2 muncul ni selalu kalau nak datang mesti cakap
MR.B: nape tak boleh ka?
aku: tak ah cuma pelik jer tak biasa kut sebab selalu kalau nak datang mesti sms.
MR.B: saja jer nak bagi kejutan
aku: @#$^&&*/? (muka blurr apa kejutannya)
MR.B: org rindulah tak boleh ka..
aku: hehe..(sengih jer)

ye ye dia kata dia rindu ngan aku..ha tau pun rindu ingatkan tak pandai rindu org sms pun tak balas..ingat nak merajuk lama2 tapi tak jadi ah haha (gatal)

ok tak pun terkejut sangat kan aku jer yang bagi terkejut lebih haha..

Wednesday, February 27, 2008

susah ke nak paham...????

susah ke nak paham perasaan org lain? susah ke nak jaga hati org? kenapa ha..benci tul bila org yg kita percaya buat mcm tu..saja2 nak sakitkan hati kita..

cari bila susah, bila ada masalah, bila diperlukan, bila tak ada duit dan macam2 lagi..tapi sapa nak tolong bila aku ada masalah, tak ada duit, bila aku betul2 memerlukan, bila aku pelu org jaga aku, bila aku pelu bantuan..sapa?? tak ada..
sorang pun buat2 tak tau bila aku susah bila aku pelukan korang..

makanya sekarang ni aku dah buat keputusan..aku tak nak lagi jadi 'penyelamat' kepada org2 ni.aku pun akan buat2 tak tau buat2 tak nampak..kenapa?? sebabnya aku dah letih dah tak tahan lagi dengan org2 yang hipokrit ni..apa yang aku dapat kalau aku jadi penyelamat mereka?? tak ada..aku tak dapat apa2..yang aku dapat cuma kelukaan,kekecewaan,kesakitan,kesempitan,keletihan dan macam2 lagi ke....

biarlah nak kata apa pun..dah banyak aku buat baik dengan mereka tak sekalipun dorang nak berbuat sesuatu yang baik untuk aku sesuatu yang boleh menggembirakan aku sesuatu yang bolehh menghilangkan sedikit beban aku.tak boleh ka nak biarkan aku hidup dengan hati yang senang/tenang/bahagia sekali ni...aku tak penah minta banyak drai dulu sampai sekarang..aku cuma minta satu jer tolong pahami aku dan biarkan aku hidup dengan hati yang riang gembira..

so, tolonglah jangan kacau aku lagi..aku letih sangat2..

Monday, February 25, 2008

kawan..

hari ni dah masuk hari ke-23 dalam bulan february tapi baru hari ni berupdate.mana pegi tak berupdate ni?? berhabuk bersawang dah rumah satu ni tak bersapu...tak de pegi mana2 ada kat sini cuma malas dan tak der benda pun nak cerita.tapi hari ni nak cerita satu perkara.apa dia??

kawan...ya kawan..lelaki atau perempuan dua2 boleh buat kawan..semua org ada kawankan saya pun ada kawan.banyak tak terkira jumlahnya tapi kawan yang betul2 kawan hanya ada berapa saja...kawan2 saya ada yang dari sekolah rendah,menengah dan masa kolej..ada yang masih berhubung ada yang dah lupa macam tu saja kalo jumpa pun ala2 tak nak tegur gitu...

saya ni bukan jenis yang pandai cari kawan sangat tapi kalau dah berkawan ni saya boleh ingat ngan semua kawan2 saya(saya yg selalu dilupakan).ada kawan kita yang baik sangat2 ngan kita sebab dia memangnya baik serta ikhlas berkawan tapi ada juga kawan kita tu baik bersebab atau ada kawan jadi gunting dalam lipatan ha macam mana tu yer..saya selalu terkena dari dulu sampai sekarang..

kawan ni adalah salah seorang orang yang kita percaya selain dari keluarga kita sendiri...seorang kawan yang betul2 baik ni boleh berkongsi apa jua dengan kita tak kira masa gembira masa sedih masa kita bermasalah atu masa senang kita..orang kata kawan ketawa senang sangat nak cari tapi kawan yang nak sama2 menangis/susah bersama ngan kita sangatlah susah nak cari terlalu sedikit..

saya sendiri tak tahu saya ada kawan macam mana sebab semua kawan2 saya kebanyakkannya jauh dan ada kehidupan masing2 serta sibuk ngan kerja/hidup masing2..mungkin sebab kejauhan atau kesibukkan menyebabkan kami tidak serapat dulu seperti masa belajar dulu..walaupun kadang2 sedih juga tapi nak buat macam mana kan hidup kena teruskan...tak bermakna kalau tak ada kawan kita tak boleh buat kerja kita tak boleh hidup betul tak,walaupun berkawan tu penting.sini saya tak kata saya tak nak berkawan,kawan tu penting tapi kalau selalu saja mengharapkan org susah jugakan.

macam saya sekarang 'kawanless'(adakah).apakah maksudnya???ha cari sendiri...tak tau nak kata apa...tapi saya masih boleh buat semua kerja masih boleh jalan2 walaupun sendirian..paling2 kalau ada masalah ker sedih ker saya akan menangis puas2 lepas tu rasa lega dan rasa tenang setenangnya..oh...

kepada kawan2 saya terima kasih yang tak terhingga kerana sudi jadi kawan saya selama ini maaf andai saya sering melukakan hati atau menimbulkan masalah pada kalian..terima kasih ya saya sayang kalian semua..

Friday, February 1, 2008

baru dan baru..

lamanya tak update...sebulan dah berlalu tahun baru 2008 baru ari ni berkesempatan update bloh..ok nak ucap selamat tahun baru pd uols belom lambat lg kan..
nak crita apa ya...emmm..

ok..let me see..oh ya kita da tukar 'wajah' baru pada blog ni..amacam suka tak..sukatik koranglah kalo tak suka pun yg penting aku suka hahaa...ni pun masih banyak lg yg nak kena godek almaklumlah bukan org it ni susah skit ena paham betul2 baru berani buat tukar itu ini..

apalagi yer..rasa tak sedap atilah tak tau nape..tapi rasa mcm sedih jer rasa nak nangis rasa nyesal sangat2..adakah kerana perkara semalam..apakah perkara itu??? oh plzzz...jangan tanya sebab kalo tanya aku makin sedih ko..sob.sob..

apapun ma pa org minta sori yer kita emosi skit smalam..dan natijahnya malam tadi kita nangis dan hari ni nyesal tak sudah uwaaaaaaa...

apapun selamat tahun baru cina kepada semua yang menyambut tahun baru cina dan pada yang 'tumpang' tu selamat bercuti...dan kemungkinan ai pun cuti satu minggu yahooo..kalau jer hehe